Love Rasulullah.

Thursday, June 3, 2010

Gaza : GAMIS serah memorandum kepada PM


Putrajaya, 3 Jun - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia berkenaan isu serangan konvoi Freedom Frotilla di perairan Gaza.

Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.

Dalam memorandum itu GAMIS menyatakan tindakan serta kecaman yang lebih serius dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan segala kekuatan serta medium antarabangsa yang ada bagi menunjukkan komitmen menyelesaikan keganasan Israel ni.

GAMIS yang juga mewakili seluruh mahasiswa Islam di Malaysia mengemukakan beberapa usul antaranya mendesak kerajaan Malaysia memutuskan apa sahaja hubungan dengan Israel sama ada aspek ekonomi, politik dan sebagainya.

GAMIS juga dalam usul mereka mendesak agar kerajaan Malaysia membawa usul mendakwa dan mengheret Israel ke Tribunal Undang-undang Antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagaimana yang berlaku di Sudan dalam peperangan di Darfur.

Sebelum ini juga, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab mengebom bangunan PBB di Gaza dihadapkan ke muka pengadilan dan menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau. -

-Mahasiswakini

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger