Love Rasulullah.

Thursday, January 27, 2011

Faaaaham Cikgu!

Hari ni hari Khamis..esok hari Jumaat..cepat betoi masa berlalu. Apa khabar semua ,,kita jumpa lagi..

OK , sy nak bertanya pada korang pasai satu benda. Korang Faham x apa maksud FAHAM (F.A.H.A.M).?
Faham bukanlah sejenis kuih karipap berintikan ubi kentang di dalamnya. Faham juga bukan air Coke yang di jual di 7 Eleven atau mana2 kedai yang pupular. FAHAM juga bukan baju yang korang pakai pi kerja , kelas , sawah, panjat gunung, main bowling, konsert dan sebagianya..

SO apa itu FAHAM.?
Ya, ada orang akan jawab FAHAM itu adalah apa murid jawab dalam kelas bila cikgu tanya..."anak2 murid sekelian Faham tak apa yang cikgu ajar?? lalu jawab la mereka semua secara berjamaah " Faham cikgu"

Cis, ini kalau saya ada adik kecil, dia pun boleh jawab!

Dalam Bahasa Indonesia , mereka tak eja dengan FAHAM tetapi PAHAM! tahu apa maksud PAHAM

"pa·ham 1 n pengertian: pengetahuan banyak, — nya kurang; 2 n pendapat; pikiran: — nya tidak bersesuaian dng — kebanyakan orang; 3 n aliran; haluan; pandangan: ia mempunyai — nasionalis; 4 v mengerti benar (akan); tahu benar (akan): sebenarnya saya sendiri tidak begitu — akan perkara itu; 5 a pandai dan mengerti benar (tt suatu hal): ia — bahasa Sanskerta; ia — dl pembuatan gula;"

Dalam Bahasa Ingeris , orang puteh sebut understand .(baca sini)

Bahasa melayu pula?
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka (baca sini)

Dalam ilmu pendidikan, FAHAM ini berada dalam tahap kedua selepas tahu ..(boleh rujuk ttg taksanomi bloom).

Baiklah, Pada saya pula, FAHAM itu adalah satu nikmat yang sangat berharga kepada seseorang. Belajar tinggi2 macam mana sekalipun, sampai dapat Degree paling koman, 1st class lagi tu, tapi kalau dia tak faham apa yang dia belajar..tetap tidak guna juga.

FAHAM ini adalah hasil reaksi daripada pengetahun yang diperolehi daripada ilmu atau sesuatu input samada melalui membaca, mendengar, melihat, lalu segala maklumat itu diprooses menjadi maklumat kekal dan diingat seterusnya diimplimentasikan dengan mudah.

Ya, Faham itu akan membuahkan tindakan yang tepat dan jelas . Berbanding dengan orang yang buat-buat faham, lama-lama hanyut dengan "kefahaman yang palsu" atau sekadar menjadi pak turut kepada ilmu/ input yang dia dapat.

Sebab itu Hassan Al Banna kata , :"Faham itu adalah muqaddimah untuk melakukan amar makruf nahi mngkar" . Dalam Arkanul Baiah, As Syahid menekenankan awal-awla lagi adalah tentang aspek kefahaman sehingga terbit Usul 20 yang merungkaikan segala permasalahan yang menjadi petikaian umat Islam dulu , kini dan mungkin akan datang juga.

Lepas FAHAM, akan lahirlah keikhlasan, kemudakan beramal dengan bersungguh2 beserta semangat jihad yang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi!! semuanya bermula dari FAHAM.

FAHAM juga saya samakan dengan GOAL/aim/ Matlamat akhir. Seseorang itu AHU dan FAHAM apa yang dia nak..so baru dia akan bergerak ke arah itu..

Cth..seseeorang minat pada sorang perempuan,,dia faham apa dan mengapa dia perlu minat dan bgaimana nak dapatkan perempuan tu,,so dia akan usaha bersungguh untuk penuhi apa yang dia faham sampailah berjaya.

Lebih2 lagi kita Sebagai seorang muslim ,  perlu FAHAM tetang diri kita, siapa kita, daripada mana kita datang, apa tugas kita , kemana kita nak pergi..Bila kita faham semua ini , baru kita tau nak buat apa . Baru enjoy buat apa-apa pun dalam hidup ini.

Paling penting kita perlu FAHAM tetang AGAMA kita (ISLAM) .
Fahami Apa tanggungjawab kita terhadap ISLAM , tengok saja ka , atau bawa ISLAM bersama kita dan kongsikan dengan orang lain?

ISLAM itu Manual Hidup yang Allah campak untuk kita amalkan , ikut dan kongsikan dengan semua orang tidak kira kamal, Ah Chong, Gopal dan lain2.

Nak capai faham mudah ja, kena didik (tarbiah) diri dengan membaca dan mencari maklumat. Jagan sombong pada diri untuk terus membaca dan tambah ilmu ttg sesuatu kalau kita tidak faham. Kita ada banyak buku, ust2, website ilmiah.. semuanya terletak pada diri kita untuk pertingkatkan ilmu dan kefahaman kita.

Orang yahudi mereka membaca, mengkaji , menulis dan mengajar. Bagaimana dengan kita??Satu hari seorang yahudi memahari pegawainya kerana mendedahkan makluamt rahsia perancangan yahudi kepada media ..Lalu pegawai tu jawab, kita tak perlu risau kerana umat Islam tidak membaca !!

Jangan keran kita malas membaca , kita silap faham tentang ISLAM..bahkan memilih kefahaman lain yang jauh terpesong dari ISLAM sebagai asas kefahaman kita, nauzubillah.

Kefahaman yang benar membentuk fikrah yang tidak mudah tergoyah.Fahami dan binalah bangunan Islam dalam diri kita , insyaalah Kekuasaan Islam akan tertegak di tempat kita dan seluruhnya insyaallah.-end.

Sekadar berkongsi
Baca, komen, krtitklah!

RnR
8.30pg.

5 comments:

fatin nasibah said...
This comment has been removed by the author.
Shafie Hashim said...

Bukan ke nama fatin yang komen ni :)
Apa pun , Tq la fatin :).
Jemput mai baca lagi. :)

fatin nasibah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tak apalah yang penting korang berdua saling memahami :B

Unknown said...

nak baca juga ape y fatin baca...ok2 bagus post kali ni...gaya n lagak nya macam cikgu ngajar anak murid ape maksud F.A.H.AM...antara 2 2 perkara y berbeza antara kita selain ujian...

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger