Love Rasulullah.

Saturday, February 21, 2009

Kalau tidak PMIUM akan di HAramakan : TNC UM


Forum ketaatan Diraja : satu perbincangan ilmiah mengenai isu perak menjadi panas apabila TNC menamgambil tindakan yang “ bodoh” (maaf saya katakan)..PMIUM, BERSATU ,PEMARAK dan MPMUM yang cuba untuk mengulas isu semasa yang berlaku mendapat tentangan hebat daripada pihak universiti sendiri.

Beberapa orang figure Mahasiswa di panggil dan di beri amaran supaya Forum itu di batalakn kerana perbincangan tersebut berbaur politik dan bercanggah dengan AUKU yang baru di panda.Persoalannya kenapa sekarang baru nak tengok AUKU, sedangkan DEMO SPKUM mempertahankan daulat sultan (ala tindakan UMNO /BN di luar) boleh berjalan lancar seperti biasa. Bahkan TNC sendiri terlibat..ADILKAH???


Perhimpunan aman yang di lakukan di ar-rahman selepas jumaat siangnya mendapat sambutan hangat daripada orang kampung dan mahasiswa. Menurut makluman perhimpunan tersebut telah di pantau oleh SB-SB dan terus melaporkan kepada pentadbiran dan KPT sendri. Di sebabkan itu, pegawai masjid juga mendapat tekanan agar forum itu di halang dari di teruskan seperti biasa.


Pihak penganjur mengambil keputusan untuk menagguhkan kerana mengambil kira beberapa pertimbangan penting. Namun mahasiswa kecewa dan mengecam tindakan TNC HEPA yang bertindak "biadap" (maaf saya katakan) terhadap PMIUM sehingga pengeluarkan "statement " untuk mengharamkan PMIUM. Persoalanya, salahaknan mahasiswa berkongsi pandangan tentang isu-isu semasa. Inilah masanya mahasiswa menunjukan idealismenya terhadap apa yang berlaku. Forum belum lagi berlaku, namun pihak tertentu sudah kecut perut dan mengambil tindakan yang tidak wajar. Apapun mahasiswa akan meneruskan forum ini di waktu yang lain. Kita tidak mahu , mahasiswa ibarat berada di dalam gelas kaca. semangat pemuda perlu dikobarkan kerana mahasiswa punyai kehebatan tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger