Love Rasulullah.

Friday, February 20, 2009

Perhimpunan AMAN Mahasiswa



Hari ini mahsiswa sekali lagi tampil dengan pendirian terhadap kepincangan politik Malaysia yang berlaku. Tidak cukup dengan derhaka dengan sultan kini muncul pula aksi lucah dan tidak bermoral dengan mendedahkan gambar yang mengaibkan . Matlamatnya Cuma satu, demi kekuasaan semunya boleh berlaku.

Semasa PRU dahulu sibuk dengan perang saraf itu ini menjatuhkan antara satu sama lain. Pelbagai isu yang sengaja di manipulasi oleh kedua-dua belah pihak demi menarik sokongan pengundi untuk berpihak kepada mereka. Akhirnya siapa yang paling hebat senjatanya maka dia yang akan menang. PRU 12 telah menunjukan BN/UMNO sudah hilang kepakaran untuk mengekalkan status quonya dalam memerintah Malaysia. Akibatnya 5 negeri tewas ditangan pihak pembangkang ( yang kini tidak lama lagi bergelear kerajaan insyaallah)

Di sebabkan itu, mereka terus menerus menekan dan melakukan strategi berkesan bagi menawan semula 5 negeri yang kalah dalam masa yang sama terus mengekalkan negeri yang masih di kuasai.

Namun tindakan mereka tidak bijak juga sebenarnya. Mereka tidak tahu rakyat akan bangkit dengan tindakan yang mereka lakukan . LIhat sahaja isu di perak , Bagaimana kemarahan rakyat di sebabkan tindakan mereka yang kejam sewaktu bantahan rakyat di hadapan masjid ubudiah yang mahukan kerajaan perak di bawah YB nizar Jamaluddin di kekalkan. NAmun pihak mereka tampil dengan tindakan yang kejam dari Polis dan FRU yang tidak kenal siapa sasaran mereka, melainkan melakukan tindakan berdasarkan arahan “orang atasan” sahaja. Kanak – kanak derita tidak di hiraukan, orang tua di lakukan semau-maunya, wanita tua tidak di hormati…sungguh menyedihkan, Bukankah islam mengajurkan konsep mahabbaah dan keadilan sesame insan. Undang-undang dan prinsip apa yang mereka pengang sebenarnya?? Islam ataupun Kafir??

Sibuk dengan isu perak timbul pulak isu di Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukit Lanjan YB LIZ WONG , yang di malukan dengan edaran gambar kontroversinya di media massa. Ini soal maruah dan hak peribadi individu , sepatutnya tidak perlu di heboh-hebohkan . Cubalah kita fikirkan :

1. Bukannnya YB LIZ melakukan aksi Lucah seks pun , tetapi dia Cuma tertidur dan tiba-tiba ada orang ambil gambar dan sebarkan ..Persoalan lagi siapa yang ambil gambar ?? sudah tentu orang yang rapat dengannya dan Mungkin juga “PIHAK MUSUH” yang menghantar spy untuk YB LIZ ni ?? siapa MUSUH ??

2. Kenapa Dato Khir Toyo adalah orang yang mula-mula respon suapay YB LIZ letak jawatan ?? Pelik …

3. Kenapa NAjib Razak tercabar bila PR dakwa BN yang dedahkan gambar dan merancang konspirasi terkutuk ini???

Apapun mahaiswa memandang politik Malaysia sangat kotor. Semua orang perlu kembali celik politik agar kita tidak mudah di tipu oleh tipudaya mereka. Mahasiswa tampil bersuara bukan mahu mengkritik mana-mana pihak. Namun Mahasiswa bercakap atas dasar kepekaan dan pandangan terhadap isu yang berlaku di Malaysia ketika ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger