Love Rasulullah.

Thursday, May 28, 2009

Karipap.


Ingat lagi semua kisah Isteri P.ramlee dalam filem masam-masam manis . Kalau yang ada perasan mungkin gelak keras perut. Tapi kalau yang hati batu,, filem lawak macam mana pun jgn harap nak senyum, apatah lagi gelak berdekah-dekah dan terbahak-bahak. Nak ceritanya, kisah ni memang lawak giler. Asyik bergaduh ja laki bini. ni Dari sebelum hinggalah selepas kahwin mesti ada saja “ point” nak cari gaduh.. Tapi akhirnya, bersama juga sampai beranak pinak.

Rupa-rupanya, semakin kuat bergaduh , semakin mendekatkan seseorang kepada seseorang. Hebat juga pencipta hati ni. Marah tak semestinya benci, setuju je tak semestinya sayang . Kadang-kadang di sebalik itu , ada pelbagai tafsiran. Hanya orang yang melalui saja akan rasa pengalaman dan kemanisannya.

Jangan silap baca dan faham, saya sebenarnya nak bawa semua dalam satu part dalam kisah ni , tentang karipap. Ingat lagi pesanan isteri p.ramli untuk belikan karipap untuk dia setelah pulang ke rumah . Hmm ,romantik bukan. Karipap penguhubung dua hati..

Kenapa karipap pula saya merepek ni ??

Bukan apa, waktu saya dan member-member makan di kedai mamak ..tempat ?? rahsia.. tiba-tiba datang seorang pak cik tua dalam area 70 an , ber”tuck in” ,berkasut, berkemeja dan bercermin mata. Jalan ke hulur-ke hilir bawa sebuah raga yang berisi karipap..waktu tu pukul 12.30 pagi .Wajah dia sejuk mata memandang. Kuat tahajud kot.

Dalam hati saya dok fikir , kuat lagi orang tua ni , keluar sorang-sorang tengah malam , semata-mata nak jual Karipap buatan sendiri, resepi pun sendiri yang tak setanding dengan kedai-kedai mamak dan yang melayu buat. Dia kata karipap ni special punya, tak pakai minyak tapi pakai planta, ada kari…Member saya beli 3 ringgit , sebiji 50 sen. Boleh la 6 biji kami kongsi makan malam tu..Memeng betul ..sedap tak terkata..Pak cik ni pun strategik orangnya..kebetulan lah semalam ada final bola sepak,,dia pilih tempat macam, tu ,memang untung la dia..

Yang saya tertariknya pada pak cik ni..Dia orang penang. Memang dia bijak dalam menjual dan meyakinkan orang. Mimik muka dia, gaya percakapan dia, tak tinggi tak rendah, tapi kena dengan situasi pembeli..laras sama. Hebat pak cik ni, siap boleh psiko orang lagi tu.

Bagi saya dalam dakwah pun perlu jadi macam pak cik ni. Strategik, berani, rajin, kuat semangat, tak tau malu, kamunikasi baik, kuasai psikologi , bercakap ikut paras kemampuan sasaran (madu) , gaya badan, intonansi suara.imej..bermaklumat.hmm Sepatutnya kita nak jual Produk “islam “ pelu contohi pak cik ni. Pak cik ni semua ada, matlamat dia 1 ja,,karipap ni mesti habis dijual malam ni dan bagi keselesaan kat orang lain..…malu saya, bukan setakat nak jual karipap..nak sampaikan produk islam pun masih di tahap biasa..anda bagaimana??

Dakwah adalah tanggungjawab, fahamkan orang tentang islam adalah tanggungjawab. Sudahkah hari ini kita buat sesutau yang strategik utk Islam tu masuk dalam hati manusia kat muka bumi ni ..bila islam nak berkuasa kaalau kita mash di takuk lama..ayoh kita tenggelamkan kejahilan yang ada..Sama-sama kita fikirkan.

1 comments:

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Pernah terbaca, seorang pendakwah ni berkata: "Aku pelik dgn org Islam sekarang. Org Barat ibarat kapal yg hampir tenggelam. Tp org Islam berlumba-lumba membeli tiket utk naik ke kapal tersebut". Hm.. bermakna juga kata-kata dia...
Apa pdgn saudaraku..?

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger