Love Rasulullah.

Sunday, July 26, 2009

Kematian TEOH.

Silent outrage at Teoh's funeral from Indrani Kopal on Vimeo.



Apa kita rasa bila tengok video ni . Saya tak suruh anda tengok video ni tentang apa. Tapi cuba hayati . Adakah kita mengikuti isu pembunuhan misteri TEOH BECK HONG ni??

Kematiannya sangat di ragui . Ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi tentang kematiannya. Ulasan malaysia today begitu menghayati dan membayangkan diri penulis pada waktu kejadian. Mungkin anda boleh buka banyak lagi laman-laman blog sampah yang mengulas tentang isu ini. Mana satu betul , fikirlah sendiri.

Cuba kita selami isu ini dengan rasa hati nurani . Dia bukan siapa pun , bekas mahasiswa juga, baru 28 tahun .Sama macam kita. muda lagi , Tapi dia di bunuh dalam keadaan yang meragukan. Tiada siapa yang tahu siapa pembunuhnya. Kematianya yang di temui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas di soal siasat tentang aduan salahguna peruntukan DUN selangor.

Desakan demi desakan oleh rakyat untuk kes ini di siasat segera melalui suruhanjaya bebas memang wajar kerana saya khuatir jika penyiasatan kes ini di campuri "hantu raya" pasti akan jadi lebih dramatik. Tengok saja kes pembunuhan Al tantuya, sekarang dah senyap.

Inkues yang di nyatakan peguam Negara Abdul Ghani Patail , ayat politik semata-semata. Hairan juga saya, kenapa payah sangat Kerajaan Malaysia nak wujudkan suruhanjaya siasatan diraja untuk siasat. Kalau kes Anwar Ibrahim dahulu di gunakan suruhajaya ini kenapa kes ini tidak pula? adakah semata-mata sebab kes ini bersabitan dengan pembunuhan lalu tidak relevan menggunakan Suruhanjaya ini dan di gantikan dengan Inkues. Mungkin la bagi orang undang-undang paham tentang ini. tu pun belum tentu, Tapi kalau Tuan Gani Patail yang bagitau, susah saya nak percaya. Siapa yang tak kenal dengan dia.

Saya rasa kita tak boleh duduk diam. Isunya sekarang bukan setakat dia sudah mati. Tapi kita nak tau kenapa dia di bunuh? siapa bunuh dia?. Kematiannya satu bentuk kezaliman politik yang kotor. Pasti dan Pasti , ada makhluk yang merancang pembunuhan ini. Tanggujawab sekarang adalah kepada PM dan kerajaan sekarang. Jika mereka juga berdiam diri , jangan marah jika rakyat bangkit. Jangan hanya retorik dengan kata-kata manis. Di saat kematian BHT siapa di kalangan Menteri yang turun merasai suasana sedih.

Rakyat malaysia termasukla mahasiswa, jangan kita penting diri. BHT juga manusia. Sama seperti kita. Mungkin fahaman agama berbeza. TEtapi dia di bunuh dengan zalim , dan kita mahu pembunuhannnya di siasat sehingga ke akar umbi. Bayangkan yang mati seperti itu adalah darah daging kita, bagaimana kita rasa?? lepas tu tak ada orang nak sama-sama rasa simpati pada kita , apa kita rasa??-sekadar pandangan.






0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger