Love Rasulullah.

Sunday, July 26, 2009

PASANGAN


Bila kita hanya fikir benda besar , kadang-kadang kita rasa kitalah yang terhebat. Tapi sebenarnya , kita terlupa ada benda kecil yang kadang-kadang kita terlepas pandang.

Kita hanya fikir macam mana bentuk sebuah kereta , kemudian jenama apa, seterusnya nak pasarkan untuk tinggikan jualan kereta tersebut. Kelajuannya kita mesti nak yang setaraf F1 kalau boleh. Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang pasang wayar, bateri, skru pasang atau tak.

Adakah otak kita hanya terbahagi kepada pecahan macma ini saja. Kalau asyik fikir besar ja, sampai ke sudah besar,, lansung tak boleh nak fikir benda yang kecil.

Pendek kata, benda besar ni adalah asas (POKOK) manakala kecil ni pengkhususan (CABANG).

Dalam senario organisasi seringkali berlaku sentimen lelaki asyik fikir benda besar, perempuan suka fikir benda kecil. Jadi siapa salah dan siapa yang betul dalam hal ni ?? Benarkan perempuan ni otaknya sempit dan tak boleh fikir benda besar. Dan lelaki ni otaknya briliant sebab mampu gagaskan benda besar dan boom!!

Saya rasa dalam hal ini kedua-dua salah. Yang betul otak kita perlu ada kedua-duanya sekali. Walaupun kajian mengatakan secara lazimnya memang lelaki suka fikir benda yang besar dan penting, perempuan pula suka bincang benda yang kecil dan remeh temeh. Di sebabkan itu , golongan adam ni rasa "bengang " ja dengan pandangan yang remeh dari kaum hawa yang merugikan masa dalam berbincang. Dan Hawa pula , rasa "bengong" untuk paham gagasan yang besar.

Saya optimis , lelaki dan perempuan adalah sebaik-baik kejadian. Ini secara umum. Secara khususnya, perbezaan antara kedua-duanya nampak jelas, dari aspek, sifat, fizikal, pergaulan, dan sebagainya. Tapi saya tidak nafikan Hati dan Otak Allah bagi sama rata.

Kalau perempuan ni nafsunya 9 dan akalnya 1, berbeza dengan lelaki yang nafsunya 1 akalnya 9, bukan bermaksud perempuan tu jahat, lelaki pula baik dan hebat.

Ramai ja, puak lelaki ni yang lebih teruk dari perempuan yang tidak berjaya mengawal nafsu , walaupun hanya 1 berbanding perempuan.

Jadi , semuanya berbalik kepada 2 element tadi. Jika kedua-duanya di bentuk dengan baik. Semua akan jadi hebat. Otak perlu di bajai dengan percambahan ilmu yang mengasak akal kita untuk berfungsi dengan pantas dan hebat. Manakala HATI perlu di sirami dengan roh ketuhanan yang menghubungkan diri dengan ALLAH agar menjadi hambanya yang bertakwa.

Jika elemnt ini sihat pada lelaki dan perempuan, nescaya tidak timbul soal siapa lebih dan siapa kurang. Lelaki tidak rasa perempuan lemah sebab dia paham kenapa mereka begitu. Serupa juga denga perempuan.

Tapi realiti sekarang yang banyak saya tengok antara dua gender ini , sangat meminimumkan penggunaan otak dan suka memanjakan hati . sebab itu tingkah laku kita sarat dengan "ilnannur ilazzulumat" bukannya proses pembersihan dari " zulumat ila annur".

Matlamat hidup adalah redho Allah.,hidup ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bukan suka mempersoal, tunjuk belang ,memperlekehkan lepas tu bawa diri. Fikir ini ja, Aku ni sapa?, apa aku buat untuk agama ini ? apa aku buat untuk umat islam?? dah cukup? dan cukup? dah cukup? atau aku hanya terus bermain dengan keegoan , besar kepala, opurtunis, kepura-puraan, emosi kerisauan , dan di timpa pertimbangan bodoh yang melampau hingga akhirnnya memakan diri dan orang lain.

Ketahuilah, lelaki pasanganya perempuan, kecil pasangannya besar dan hati pasangannya akal. Semuanya ada pasangan masing-masing. Jadi serasikan kedua-duanya akan lahir momentum yang kuat.- ntah pape sekadar pandangan.



2 comments:

fajar al karamah is rising up said...

salam. boleh try check ada ke hadis atau ayat quran yg kate lelaki 9 akal perempuan 1 akal? sedangkan cerita hawa diciptakan dari rusuk adam adalah semata-mata rekaan israiliyyat dan masihiyyat... ini kan pula ini...cuma kurang setuju jika dikatakan perempuan pk benda yang remeh temeh!! Fikirkan jika perempuan yang tidak belikan lauk di pasar dan mengemas rumah, mesti ramai lelaki yang kelaparan dan rumah pun bersepah. jangan anggap semua perkara remeh. mungkin apa yang difikirkan besar dan dikatakan 'brilliant' itu tidak bermanfaat dan tidak diperlukan pun. make it simple! manusia bermula dengan kecil baru datang besar dan tua.. bukan terus besar. dari perkara kecil akan timbul perkara besar. dari biji benih yang kecil, yang mungkin disepak orang tak hirau, dimakan ayam orang tak endah... tapi dari biji itu tumbuhnya pohon besar yang rendang yang akan meneduh manusia yang kepanasan....fikir2.

Mohd Shafie Bin Hashim said...

hati2, jgn samapi kita jadi golongan yang suka bahas benda kecil. Tengok jelas dan terang

andai kata ianya bukan hadis mahupun alquran .Memang saya setuju , bukan lansung. Tapi kalu israilyat pun , enti ada buat kajian ka, atau terpengaruh dengan kata2 wan zailan. (letak kajian sikit)

Akal kita perlu rasional ? perlu di sertakan hujah dan maklumat , bukan emosi dalam membahas perkara sekecil ini Hanya selepas selesai ikut kuliah usuluddin.

satu lagi Sepatutnya kita bincang apa lelaki dan perempuan boleh buat untuk islam.Baru besar. Sama2 nak syahid. setakat nak beli lauk , kemas ruamh, pun nak bincang enti p kawin dengan ustaz-ustaz yang dok jadi ulat buku n dok bawah ketiak mak la. Lelaki macam tu ja tak pandai berdikari macam enti kata tu, dok harap kat perempuan kononya rajin macam enti yang nak tolong kemas rumah, basuh baju, ion baju, masak nasi.

apaun ana tak nafikan , muslimat memang POWER giler!!!!

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger