Love Rasulullah.

Saturday, January 16, 2010

2 pelajar UM, wartawan Harakah sudah dibebas


Jan 15 — Dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang ditahan ketika berhimpun di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi di sini petang tadi untuk menyerahkan dokumen empat tuntutan menjelang pilihan raya kampus sudah dibebaskan.

Dua pelajar yang ditahan ialah Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin dan Syahrundden Rosli. Turut ditahan Zulfiqar Mashoor yang merupakan wartawan Harakah Online.

Mereka ditahan kira-kira 3.30 petang atas alasan mengganggu penjawat awam dan enggan bersurai selepas diminta berbuat demikian oleh polis setelah menyerahkan memorandum.

Syahrundden dibebaskan sejurus selepas ditahan di perkarangan kementerian.

Dua yang lain dibebaskan kira-kira 6.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Shazni Munir merupakan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan sedang menghadapi kes cuba melakukan khianat dan menceroboh UM. Dia juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM.

Dia bersama empat penuntut UM yang lain ditahan ekoran kejadian menconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya”, yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira tujuh bulan yang lalu.

Terdahulu kira-kira 50 pelajar berhimpun di luar bangunan kementerian itu sejak 2.30 petang dan wakil mereka dibenarkan masuk ke dalam bangunan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum.

Pemimpin sekretariat SMM Hilman Idham ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata ketiga-tiga mereka ditahan semasa hendak mengadakan sidang media.

Katanya, mereka akan mengadakan pidato umum di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi esok bagi membantah tindakan polis itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Noordin telah melancarkan ruang pidato itu semalam.

Mereka mengemukakan memorandum menuntut agar pilihan raya kampus diadakan dengan adil dan memasuhkan pengundian menggunakan sistem elektronik (e-undi).

-Di ringkaskan dari Malaysian Insider.

1 comments:

Bungakopi said...

cantik banner tu

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger