Love Rasulullah.

Tuesday, January 5, 2010

Dua rumah mahasiswa disimbah cat

[kemas kini] 6 Jan, Petaling Jaya : Penghuni dua buah rumah sewa masing-masing milik sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) ahli Persatuan Mahasiswa Menyokong Pro-Mahasiswa (PMMPM) gempar semalam apabila mendapati halaman rumah mereka disimbah cat.


"kenapa ada orang buang cat kat rumah kami. Saya ingat nak kunci pintu pagar. Tengok-tengok ada pula cat tumpah kat depan rumah." ujar seorang mahasiswi penghuni rumah berkenaan.

"kami pun tak pasti lah kenapa ada orang dendam kat kami sampai nak simbah cat pula. Pastu macam ada bau minyak sikit. Tak kan la sampai diorang nak bakar sekali rumah ni"Ujarnya.

Sementara itu, penghuni rumah sewa kedua yang dilaporkan juga berlaku kejadian yang sama berkata, simbahan cat tersebut dipercayai dilakukan ketika ketiadaan mereka di rumah.

"Kami semua pergi makan malam. Balik-balik je ada benda (cat) tu kat depan rumah. Pelik, siapa pula yang dah tak ada kerja nak buang cat kat rumah orang ." Farid, penghuni rumah.


"Dekat-dekat nak PRK (Pilihanraya Kampus) ni memang banyak kejadian pelik. Rumah kena simbah cat la, kepala babi kat surau la, surat layang la, rasuah calon la, serbu rumah, geledah rumah macam-macam lagi la." Ujarnya lagi.

Terdahulu, kejadian yang sama juga pernah berlaku kepada salah sebuah rumah tersebut. Bagaimanapun sehingga sekarang orang yang bertanggungjawab membuang cat tersebut masih belum dikenal pasti.- Pro-Mkini

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger