Love Rasulullah.

Wednesday, February 10, 2010

Demokrasi, Liwat dan bla...bla.... apa Nak Jadi!

Lama juga tak menulis dalam blog ni . Kalau ada pun hasil copy n Paste dari laman berita nasional yang memuatkan berita-berita sensasi sepanjang PRK.

Alasan jadi macam ni sebab sibuk n tak sempat nak berkarya dengan fokus sejak dua menjak ini. Bertembung dengan PRK, dan sebaginya menyebabkan aku terpaksa untuk mengoptimumkan fokus ke sana daripada sibuk-sibukan diri bertenggek depan komputer sampai ke sudah.

Sekarang, rasa lega sikit, sudah mula nak mengumpulkan tenaga, untuk gerakan seterusnya. Diam bukan bermakna berhenti dari terus bergerak. Diam ada makna!.

Kejam, sedih, menyampah setelah aku melalui fasa-fasa perubahan semasa samada di Kampus mahupun nasional.

Di Kampus telah menyajikan suasana demokrasi yang terjajah oleh kepentingan pihak-pihak tertentu. Mahasiswa secara seriusnya menuntut dan mengasak untuk mengubah dan menerima pandangan mereka , telah dipandang enteng terus. NC, HEP dan juak-juak UMNO di kampus masih bermaharajalela mahu menjaga nama mereka dan memadamkan api roh pejuangan mahasiswa di kampus dan massa.

Semalam MPP berbincang untuk menubuhkan kabinet, tapi malangnya, mereka yang undinya sangat sedikit samada ada diperingkat UMUM mahupun Fakulti, diangkat menjadi pimpinan utama mahasiswa di UM. Sedangkan , mereka yang diberi mandat oleh ribuan mahaiswa diHijack begitu sahaja.

Bagaimana rasanya, jika direnungkan pada hadis Nabi yang mafhumnya mengatakan sekiranya pimpinan itu naik disebabkan usahanya yang gila kuasa, maka kelak tidak ada orang yang akan bersama serta membantunya dan begitulah sebaliknya. Jadi dalam konteks di UM, mereka yang diundi mendapat mandat dari mahasiswa untuk memimpin mereka, sewajarnya, pemimpin yang banyak diberi mandat itulah seharusnya dilantik bukan seperti yang berlaku.

Di nasional, jijik melihat ulasan berkenaan SODOMY Anwar Ibrahim. Si Saiful sangat berani 'memalukan' dirinya dengan kenyataan yang menjijikan. Kalau ye pun, tak payah publish sampai ke dalam media perkara yang menjatuhkan AIB sendiri dan Orang lain ....ok ingat tak ayat dalam perbicaraan kes ni .....CAN I F**** U TODAY...bahkan dalam ruangan FB penuh dengan ungakapan yang tidak mencerminkan tamadun Malaysia dan umat Islam itu sendiri yang penuh etikanya..

Semalam , Nizar Jamaluddin MB perak yang digulingkan secara kejam telah kalah di mahkamah pengadilan manusia yang dangkal penghujahannya. Menarik ulasan media yang begitu membela Dato Zamri Kader sehingga melambung-lambung mencerminkan imejnya seperti DEWA! , manakala Dato Nizar, diperkecilkan bahkan dimalukan dengan potongan gambar dan petikan kenyataannya yang sengaja diulas menjadi lebih kontroversi. Senang cerita, pakat-pakat buka utusan, dan berita harian, akbar rakyat yang "bebas".

Apapun, cukupkah bebas di mahkamah dunia, Di mahkamah akhirat kelak macam mana??

Banyak lagi nak tulis, tapi tak tau point apa nak highlight kat sini. Sebab serabut tengok keadaan semasa. Bila fikir-fikir balik, memang kita semua tak boleh duduk diam. Kena fikir sesuatu dan buat tindakan. Tak kira la dia tu sapa, pimpinan ka, orang bawah ka, hebat akademik ka, atau apa-apa saja, memang tak boleh duduk berpeluk tubuh, buat bodoh macam tak nampak ada masalah.

Menyusul seterusnya!!!!...

1 comments:

LiTtLe PriNceSs said...

salam ziarah...

Saya turut bersedih & bersimpati terhadap apa yg berlaku kpd Dato' Seri Nizar Jamaluddin...saya masih ingat wajah sedih dan sayu beliau ketika jawatannya dirampas dan digulingkan dengan cara yg kejam...ketabahan beliau menghadapi dugaan Allah ini sgt mengagumkan..kenyataannya ditokok tambah dan harga dirinya dipermainkan...Masya-Allah...semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yg menzalimi orang yg benar. ...berkaitan kes Anwar Ibrahim pula, saya x menyangka masih wujud manusia seperti Saiful yg snggup menjatuhkan aib dan harga diri sendiri demi untuk kpntgn org lain...jijik saya melihat wajah beliau yg tanpa segan silu bergambar seolah-olah beliau adalah seorang selebriti...tapi, itulah fenomena dunia disekeliling kita...manusia mula menolak keadilan dan menerima penipuan...isu kampus juga tidak diselesaikan dengan cara yg adil...di fakulti FST UKM, calon yg menang adalah sgt x relevan...calon bebas yg mengaku tidak punya ramai kawan(pelajar Cina) dan calon yg tidak lgsg dikenali kerana menghilangkan diri slps penamaan calon dan x hadir ketika manifesto blh mengalahkan calon2 pilihan ramai...sgt tidak logik!!!! hmpir keseluruhan rkn kuliah saya memberikan sokongan padu kpd GM, tapi calon GM di FST UKM tetap kalah....saya mengikuti setiap perkembangan perjuangan Pro-M di UM, UPM & UKM...teruskan usaha kalian dan semoga Allah memberikan jalan terbaik buat kita...aminnn...

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger