Love Rasulullah.

Sunday, March 28, 2010

Seterusnya......




Cerita aku terus bersambung, lama berhenti sebab ada beberapa urusan amal Islami dan akademik yang mengekang masa untuk berblog, lebih-lebih lagi bila ada medium baru, Facebook yang lebih mudah untuk berkongsi maklumat dan berhubung antara satu sama lain . Selepas ini banyak lagi deretan tanggungjawab nak kena perabih ( selesaikan).

Perkongsian diteruskan, selepas agenda Transformasi Malaysia dilaksanakan, dan masuklah pada tahun baru.

Disember 09 sehinggalah Januari 10 , politik negara disensasikan lagi dengan isu kontroversi , penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian. Pelbagai pandangan dan hujah diutarakan oleh banyak pihak samada NGO, Parti Politik, dan sebagainya. Sehingga perlaku pertikaman lidah dan pergaduhan sesama sendiri. Ada mereka yang mengambil jalan tengah, demi menjaga kemaslahatan umum.

Ketika ini, mahasiswa khususnya PMIUM , melalui inisiatif Presidenya yang juga Pengeusi SMM , mengambil langkah muncul dengan menyediakan satu ruang ilmiah untuk membahaskan isu ini secara baik. Lantaran itu, PMIUM telah menganjurkan FORUM TERBUKA ISU KALIMAH ALLAH bertempat di KL Chiness Assembly Hall, dan berjaya mengumpulkan penalis daripada pelbagai pandangan, serta mendapat sambutan audien sekitar 1000 orang. Dalam Isu yang sama, satu perbincangan dakwah PMIUM dengan rakan-rakan daripada Kristian Varsiti UM juga dilakukan demi mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Masing-masing berlapang dada.

Januari 10, gerakan mahasiswa diteruskan dalam mendepani isu-isu Pilihanraya Kampus. Di mulakan dengan aksi penuh kontroversi. FORUM E-voting yang mendapat tentangan yang hebat sehingga di batalkan beberapa kali namun tetap diteruskan. Mahasiswa mengambil inisiatif menubuhkan satu front iaitu Gerakan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH). Di Pengerusikan Oleh Saudara Aizat Salleh, juga ahli berjasa dan komited PMIUM dalam menyebarkan dakwah Islam di Kampus.

MISI -10 digagaskan untuk menawan kampus di Malaysia. Walaupun pada hakikatnya tidak semua kampus berjaya dijadikan sebagai kerajaan yang diinginkan. Namun cukup sekadar berjaya menembus kerusi MPP di semua kampus .

Dalam misi ini, seluruh Front bersemangat untuk memperjuangkan terma demokrasi kampus agar dikembalikan semula Autonomi Kampus yang sebenar. Ekoran itu, Mahasiwa melancarkan beberapa siri pertemuan dengan Suhakam, MAFREL, Bar Caouncil, serta KPT sendiri.

Mahasiswa kesal sekali lagi, sewaktu 5 orang pimpinan mahasiswa pergi ke Suhakam , ada sahaja segerombolan polis bersama FRUnya mahu menghalang. Padahal ,tidak ada sebarang demontrasi yang dianjurkan.

17 Januari , selepas solat jumaat, ketika mahasiswa mahu menghantar memorandum ke KPT, sangat mendukacitakan, bila mana, kami dinafikan hak untuk berhimpun secara aman, bahkan ditangkap pula. Sekali lagi , Presiden SMM masuk lokap.

Gerakan diteruskan pada 23 Januari, dengan mengadakan demontrasi Aman sekitar Kuala Lumpur. Objektif kami hanya mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia, setelah suara mahasiswa disekat, dihina, dan diperlekehkan. Risalah yang kami buat khas untuk rakyat baca, dirampas Polis , kononnya risalah tersebut haram berunsur mahu menghasut rakyat dan sebagainya. Sedih, risalah yang kami buat dengan keringat idea kami sendiri selaku mahasiswa, baner yang kami buat beratus-ratus ringgit, dirampas begitu sahaja. Bahkan paling menyedihkan, 9 orang rakan mahasiswa ditangkap. Sekali lagi tangkapan berlaku terhadap mahasiswa. Presiden Gamis pula merasai gari dan lokap.:)

25 Januari, rata-rata kampus mengadakan hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kampus, um pun sama. seperti biasa perang poster berlaku secara agresif. Calon disabotaj, difitnah, ketidakadilan pihak BHEP/HEPA dalam mengurus fasa kempen pilihanraya jelas berlaku. Paling menyedihkan, sewaktu hari pembuangan Undi 28 Januari, banyak perkara songsang berlaku. Sistem undian elektronik (e-voting) yang menyusahkan dan dimanipulasi, ugutan di kawasan pengundian, kempen haram sewaktu pengundian dan banyak lagi. Pada ketika itu, dah rasa tak sedap hati. Bila diumum keputusan, ternyata benar seperti yang diramal. Namun alhamdulillah calon umum tetap menjadi pilihan mahasiswa.

Malam itu juga selepas solat Maghrib dan Isyak di dataran DTC , kami bergegas menyerbu Canselori, kerana mendapat maklumat semua calon UMUM hendak dibatalkan kemenagan kerana dituduh melakukan kesalahan dalam berkempen melalui facebook, serta berparti. Selain itu, mahasiswa juga mahu menuntut penjelasan NC dan TNC yang ada pada malam itu ,tentang kenapa penyelewengan sepanjang hari pengundian berlaku. Malangnya, TNC bertindak melarikan diri melalui pintu belakang. manakala NC memberitahu melalui telifon, beliau berada di RUMAH, Mahasiswa kesal.

Desakan diteruskan pada pagi sayyidul Ayyam, 29 Januari , Mahasiswa menawan Canselori, NC tampil berucap menggunakan haler yang kami selalu guna untuk berhimpun. NC tetap berdegil. tidak mahu memberi jawapan dihadapan khalayak mahasiswa, sebaliknya mahu berjumpa 10 orang yang boleh berbincang dengan baik . Aku termasuk dalam 10 orang tersebut.

Perbincangan menjadi hangat dalam bilik NC. Hasil perbincangan mendapat resolusi:
1-Keputusan di tangguhkan, akan dikaji semula sistem E-voting, jika ada penyelewengan pada sistem berkenaan, akan ada undi semula .
2-Menyiasat penyelwengan TNC sepanjang PRK.
3,-Berusaha mengembalikan undi daripada kolej ke Fakulti untuk akan datang.

Mahasiswa boleh menerima, dan ada juga yang tidak dapat menerima jawapan NC. Kesanya perasaan geram mahasiswa hari itu diakhiri dengan perarakan aman sekitar UM sambil membawa komputer yang telah dihempap sebagai tanda protes terhadap sistem pilihanraya yang menggunakan sistem e-voting.

31 Januari siasatan bermula terhadap e-voting. Aku, ridzuan Othman (ust Bantah ) turut sama menghadiri sesi siasatan berkenaan. Malangnya, kami dihalang untuk melihat maklumat mereka yang mengundi dalam pilihanraya Kampus. Sebaliknya hanya melihat step by step cara mengundi. (apa saja yang boleh buat ). Sebenarnya masih ada lagi penyiasat lain yang akan datang. Dalam hati aku, mungkin akan ada satu sesi lagi untuk 2 consultant lain datang menyiasat. Tetapi tak seperti yang dijangka.

2 Februari, 5 ptg, NC mengambil keputusan untuk mengumumkan keputusan rasmi PRK. Seperti yang dijangka, keputusan masih sama, tiada sebarang perubahan, E-voting masih relevan. Katanya....

...............................................................................................................................................................................

aku berhentikan cerita sampai sini., aku bukan nak cerita ini adalah POLITIK . Tapi yang aku nak cerita inilah lumrah dalam usaha menegakkan kebenaran di Kampus. Pasti akan ada halangan. Susah payah, perit jerit semua boleh rasa dalam kita buat benda2 macam ni. Semua dah aku rasa bersama dengan kawan -kawan mahasiswa yang lain dalam sepak terajang di kampus. Aku kagum dengan beberapa rakan mahasiswa yang berani, lantang bersuara, berani kedepan semata-mata untuk mengembalikan kejernihan dalam kekeruhan yang ada.

Pasti ramai yang memandang serong dengan aksi-aksi mahasiswa, seperti radikal, pengganas, pemberontak, tidak profesional dan sebagainya. Dan aku menerima pandangan mereka kerana memang benar apa yang mereka katakan. Jika aku berada di tempat mereka aku juga begitu.

Namun , bagi aku dan rakan-rakan yang cuba meletakan diri dalam sepak terajang di Kampus ini, lebih memahami apa yang berlaku..Jika ingin merasainya, marilah bersama-sama.

Aku cuba mengimbas kata-kata Assyahid Imam Hassan Al Banna, mungkin tidak tersusun ayatnya , andai perjuangan ini dijanjikan dengan keseronokan ,mudah, senang, gembira, tidak memenatkan pasti ramai yang akan ikut bersamamu. Tapi hakihat perjuangan ini sebenarnya amat susah, payah, perit , jerit, dan berhadapan dengan pelbagi ujian dan cabaran ..

Dan sekarang, aku dah merasainya, sudah melihat berapa orang yang boleh bertahan, dan berapa orang sudah tergugat. Mudah-mudahan aku dan rakan-rakan mahasiswa diistiqamahkan oleh Allah dalam mengenderai gerakan ini biar dimana sekalipun bersama generasi seterusnya sehingga tercapainya cita-cita kemenangan yang diimpikan iaitu Baldatun Toibatun Warabbun Ghafur.

Sekadar berkongsi dan tidak memaksa untuk mempersetujui. :).

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger