Love Rasulullah.

Monday, April 5, 2010

J.A.W.I


Gambar di DKU APIUM 3 April 10, gambar aku tak dak, Program Pemantapan Jawi untuk Bakal guru.

Aku belajar Jawi. Kerana aku bakal guru, insyallah, juga bakal ustaz insyaallah, juga bakal murobbi insyaallah :) ..pasti akan ada yang tertawakan aku dengan kata-kata ni.

Mengapa Jawi tidak di iktiraf? Mengapa orang tak pandang penting pada Jawi? Adakah hanya kelompok guru yang bergelar ustaz/zah yang mengajar pendidikan Islam di sekolah sahaja perlu mempertahankan Jawi, ataupun UMNO yang kuat kemelayuannya atau siapa?

Persoalan ini bermain dalam minda aku. Sewaktu aku di sekolah rendah, Jawi dah jadi macam biasa. Kelas petang (KAFA ) tulis jawi memanjang. Aku direct dapat pujian ustzah, coz tulisan jawi terbaik dan tepat :).

Masuk sekolah menegah, jumpa lagi huruf jawi ni . So tak lupa la benda alah ni. Tapi teknik menulis dah lupa sikit. coz asyik belajar menulis arab, sebab aku sekolah arab kat sekolah menegah.

Masuk UM, lagilah dah tak ingat. Lebih2 lagi bila berdepan dengan tugasan yang memerlukan penulisan ilmiah dalam tulisan rumi. So, jawi semakin dilupakan .

Tapi syukur semalam, Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) menganjurkan bengkel Jawi. Sempat la ikut, tunggu sijil ja tak dapat lagi:), Alhamdulillah ingat balik benda ni. Bukan apa, nak kena mengajar nanti :) kena tahu teknik ni.

Tapi, kat sini yang aku nak kongsi bukan bengkel jawi tu sangat. Tapi satu kata-kata keramat yang keluar daripada pembentang pertama Ustzah salina (ustazahlina.blogspot.com).

Jawi asalnya dari huruf arab (hijaiyyah). Huruf arab terdapat dalam alquran. Pendek kata, kalau sayang Jawi , membuktikan kita sayang Islam. Jawi adalah salah satu syiar Islam .

Tapi sekarang , Jawi semakin dipinggirkan. Asalkan ada kaitan dengan Islam sahaja pasti ada kerja jahat musuh Islam akan cuba buat. Semakin mahu ditenggelamkan. Bahasa Inggeris pula diagung2kan. Kalau kita tanya pada anak muda melayu Islam berapa ramai yang tahu pasal Jawi, Confirm boleh kira dengan jari. aci angkat kaki! Tak percaya jom buat survey :).

Bayangkan, generasi akan datang yang buta Jawi, so buta pada semua huruf dalam Alquran, so macam mana nak baca dan fahami alquran. Bila alquran pun tak reti baca, maka manusia akan hilang pedoman dan panduan hidup.

Ketika ini musuh Islam akan ketawa melihat umat Islam. Berjayalah mereka. Seorang ketua Yahudi, berdiri dalam menyuarat agung mereka lalu berkata kepada freemason yang lain, dengan mengangkat Al-Quran, Lalu berkata, " selagi umat Islam masih berpengang dengan benda ini, kita tidak boleh mengalahkan mereka ".

Nah , sekarang licik tak perancangan mereka ?!

Nabi Bersabda :

"Aku tinggalkan kepada kamu, dua perkara, dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpengang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran & Sunnah. ".

Dah baca Quran ke Hari ini ?

Semoga Allah Permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui. :).

6 comments:

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Selamat menjadi guru yang baik dan berdedikasi, serta haraki..
Didiklah anak bangsa dan generasi supaya dapat lahir generasi muttaqin yang beriman..Takbir!

Mohd Shafie Bin Hashim said...

terima kasih ust Aizat,
murobbi yang banyak membantu :)

qudwaH_Humaira' said...

ana rasa jawi sekarang sepatutnya bukan berada disekitar SMPI dan pendidikan agama..

x logik ya kalau sains dimasukkan elemen jawi?

uMMu Mujahidah said...

x mustahil! boleh je.

Mohd Shafie Bin Hashim said...

to Qudwah n UMMU : boleh gi ke student sains nak eja dalam jawi, terkial2 nanti ..

nurul elyani abdullah said...

salam..

saya ingin mncari seorang guru untuk mngajar kelas kemahiran bahasa jawi pada hari minggu untuk pusat pembelajaran kejiranan, putrajaya..sekiranya ada yang berminat bolehlah emailkan kpd saya utk kterangan yg lanjut..keperluan ini adalah sebelum bln jun, 2010..
terima kasih..

emailkan kpd : elyanies85@yahoo.com

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger