Love Rasulullah.

Sunday, April 4, 2010

Adakah kita seperti buih di lautan?


Tinggal sekejap assingment yang memeningkan. Lepak sambil bloging hari ni. Buka Malaysiakini, buka Mstar, buka harakah, buka metro. Masyaallah. Buka FB, macam2 post tentang kepincangan umat la ni..Hmm.

Saja aku pusatkan otak aku ni kepada dunia yang sedang menipu manusia . Penuh dengan tipu daya, penuh dengan tipudaya yang menyesatkan. Kerana dunia, semua benda jadi tak betul.

Patutla Allah swt utuskan Nabi ,Rasul dan mujaddid Agama ini. Sebabnya dunia ni kalau dibiarkan begitu saja tanpa pembimbing pasti hancurlah manusia. Tapi berapa ramai sangat yang sedar bahawa dunia sedang menipu mereka?!.

Dua tiga hari ini aku asyik mengkhatam beberapa buah buku haraki sebagai penguat hati untuk terus tsabat dalam gerakan ini. Tersentak hati bila memikirkan karya pemikiran tulisan al marhum Abu A'la Al mududi, Fathi Yakan, Hassan Al Banna dan banyak lagi. Terasa kerdilnya diri ini kerana bertuhankan dunia yang sentiasa menipu.

Jika zaman dulu, para nabi dan rasul dihadapkan dengan tentangan yang REAL , sehingga ada yang dibelah kepala dengan Gergaji , dibakar seperti panggang ayam, disula, diseret ke atas padang pasir dan sebagainya.

Zaman sahabat pula, juga banyak tentangan , dengan Nabi Palsunya, Kaum murtadnya, berpuaknya dan banyak lagi.

Dan zaman mujaddid ini , lebih dahsyat lagi tentangannya. Sebabnya, tentangan itu bukan lagi menyerang fizikal manusia itu tetapi , menyerang akidah (kepercayaan) khususnya umat islam yang berEsakan Allah swt.

Teori logik, teori rasional, ideologi yang baru di tambah pula dengan ombak tsunami globalisasi dan modenisasi yang membunuh jiwa manusia .Nah biarpun maju bumi Allah ini dengan meterialismenya, namun , jiwa manusia mundur, jiwanya pincang, hatinya gelap , tidak lagi memikirkan diri mereka yang bersyariat, dan berEsakan Allah.

Kesanya, berapa ramai yang goyah akidah mahu murtad mengikut agama lain, berapa ramai mereka yang berani melanggar hukum Allah, berzina, mengandung anak luar nikah, buang anak, mencuri, minum arak, mereka-mereka hukum Allah dan sebagainya?!.

Siapa yang bertanggungjawab?!, Boleh berseronok lagikah?! Takkan nak tunggu tsunami kali kedua baru nak berubah?!

Islam itu indah , Islam itu jernih dan bersih sifatnya, tapi kenapa umat Islam itu sendiri mahu kotorkannya dengan nikmat dunia yang merosakan?!.

Adakah ini kebenaran daripada mafhum sabfa Nabi Saw 1400 tahun dahulu?, di akhir zaman, kamu akan melihat umat Islam itu akan dikerumuni musuh Islam seperti mana semut mengerumuni makanan dalam talam. Ada sahabat bertanya, adakah kerana sedikitnya umat Islam ketika itu ?, lalu Nabi bersabada, tidak! Pada ketika itu umat Islam ramai ,tapi seperti buih di lautan, dan Allah cabut rasa takut dalam hati musuh2 Allah terhadap mereka dan Allah campak rasa ketakutan terhadap musuh Allah dalam diri mereka ...Sebabnya , pada ketika ini, umat Islam ditimpa 2 penyakit, iaitu takutkan mati dan cintakan dunia.

Adakah kita mahu tergolong dalam buih di lautan ??

Ya Allah , bantulah aku dalam menyiapkan "urusan" ku Amiin.

sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui. :)





3 comments:

Bungakopi said...

betul2..
hmm.

Nur Aziemah said...

Best jugak artikel ni.
Hm.. Fikir2 sejenak.

Mohd Shafie Bin Hashim said...

sangat sedikit orang yang berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling :)

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger