Love Rasulullah.

Monday, July 5, 2010

Tenang dalam tekanan.


Rasa tension sikit petang tadi. Aku pilih Masjid arRahman tempat untuk tenangkan keadaan sambil layan kuliah maghrib kitab fekah malam tadi.

Selesai solat sunat ba'diah maghrib. Aku sandar kat tiang besar masjid, sementara menunggu ust mulakan kuliah. Aku teruja melihat kat seorang pemuda lingkungan 40an berbangsa asing, berjubah, muka ala-ala Dr Yusuf Alqaradawi.

Dia pun turut bersandar di tiang masjid. Dia membuka Alquran Alkarim . Aku cuba mengintai surah apa yang dia nak baca . Surah as-sajadah jadi pilihan .

Aku hanya perhatikan gelagat dia. Sebelum membaca, dia mengeluarkan biji tasbih , kemudian aku hanya dengar lafaz ta'wiz (au'zubillahiminassyatonorrojim) saja. Ayat lain semua dia baca tampa suara. Mulut dia nampak kumat-kamit, tiba-tiba tak sampai 30 saat dia sujud sekali. Dalam hati aku comfirm dia sujud Syukur ni ..tapi meleset, dia sujud sejadah sebenarnya sebab bacaanya sampai ayat yang perlu sujud.


Aku terus perhatikan dia. Dia terus baca tampa suara juga. Tapi kali ni diam pula, mulut tak bergerak, tapi mata dia terpaku pada ayat-ayat quran. lama juga dia berhenti. Kemudian dia menyelak muka surat lain pula. Gaya dia selak tu macam baca buku pula . Gaya duduk pula sambil angkat lutut ke atas (x tau nak explain istilah ape).

Kemudian kuliah Ust pun mula. Dan dia pun berhenti membaca sebagai menghormati majlis ilmu.

Apa yang menariknya, dia berjaya buat fikiran yang berserabut aku waktu tu fokus kat dia. Bagi aku, dia begitu memahami dan menghayati setiap ayat yang dia baca. Wajahnya sekejap berkerut, tenang, nampak takut, paling penting murah dengan senyuman ikhlas. Tersentuh hati aku .

Bagitu mendalam cinta dia dengan Al-quran.

Namun, aku fikir balik , sedih... masih ramai aku rasa yang pandang Al-quran sebelah mata. Bahkan tak tahu bahawa al-quran yang ada huruf Jin mata toncet ini sebenarnya wujud, dan ianya merupakan rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani.

Sebab itu seorang ketua orientalis barat kata, selagi umat Islam berpegang dengan ini (Al-quran), kita tidak berjaya sesatkan mereka.

Wajarlah kalau umat Islam hari ini mudah diperkudakan dan diperbodohkan. Mereka sendiri tidak kembali pada Al Quran, mereka sendiri ragu dengan Al quran, sebab tu jenayah menjadi-jadi, jiwa kacau bilau, hati tak tenteram, fikiran berserabut, hidup tiada hala tuju dan fitnah bertimbun-timbun.

Aku cedok sikit kata-kata Dr Aidh Abdullah Al Qarni, dalam bukunya "Raihlah Kejayaan :Meneladani semangat jihad orang-orang Islam terdahulu ". Antara sebab timbulnya Fitnah adalah berpaling dari Al Quran. Adalah termasuk fitnah besar apabila seseorang berpaling dari ajaranNYa. Seseorang yang di timpa penyakit fitnah , di tulis olehNYA sebagai orang yang hina dan akan di siksa di akhirat kelak. (rujuk Thaha: 124).

Nabi pun pernah bersaba : Aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang kepada kedua-duanya . Iaitulah alquran dan sunaah.

Syukur, alhamdulillah , benarlah kunci ketenangan hati adalah kembali kepada Allah. -ENd

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.

2 comments:

Anonymous said...

syukran kepada Allah yang telah menghantarkan pak cik itu untuk sampaikan ketenangan kepada seorang insan,

Shafie Hashim said...

to Anonymous : terima kasih , syukur alhamdulillah

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger