Love Rasulullah.

Sunday, June 12, 2011

Siapa kita untuk Umat.?


Alhamdulillah , 3 hari berkampung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi , banyak perkara yang baru diperolehi serta me"RECALL" kembali perkara yang sudah di ketahui sebelum ini untuk dijadikan sebagai muhasabah seorang hamba..3 hari , kami didedahkan dengan Kursus Pengurusan Dakwah. Nak gambarkan di sini betapa pentingnya elemen dakwah sehingga perlunya satu kursus khas bagi mendedahkan strategi untuk melaksanakan dakwah. Untuk ulasan yang lebih panjang boleh merujuk ulasan di Blog Saifullah Ismail.


Kerana apa ianya penting?

"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam , mereka bukan di kalangan mereka "- Hadis .

Dakwah adalah tugas utama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW selama 23 tahun. Kini, baginda sudah tiada, yang tinggal adalah generasi baru , berdepan dengan cabaran baru, pastinya tanggungjawab itu lebih berat dan perlu dipikul oleh setiap muslim bersama persiapan strategi yang berkesan untuk mengajak manusia menuju Allah SWT dengan hati yang tenang dan sejahtera.

Generasi muda adalah kelompok yang diharapkan. Mereka boleh menjadi apa sahaja yang mereka suka. Mereka boleh memilih apa yang mereka suka. Jika ilmu, iman didada mereka kebal , pastinya mereka faham tugas dan peranan mereka sebagai seorang hamba dan Daie.

Tetapi bagaimana pula yang sebaliknya.? Yang lupa terus atau tidak tahu lansung tentang tugas dakwah tersebut?

Cuba kita bayangkan apa akan jadi sekiranya tiada seorang pun yang akan melakukan tugas dakwah untuk membagunkan Insan ini?

Jadi bagaimana kita hari ini?

Apa sahaja di sekeliling kita adalah "bahan" serta "peluang" untuk di gunakan dalam membantu dakwah kita. Jangan Kekok atau jakun mengenainya . Cuba kaji, fahami , hayati apa itu DAKWAH.

Saya konklusikan entri kali ini dengan beberapa qoute yang menarik tentang Dakwah yang di utarakan dalam Kursus ini :

"Sebesar apa pun yang anda sumbangkan untuk dakwah Islam maka itu kecil Nilainya bagi dakwah yang sangat luas ini . Akan tetapi sekecil apapun yang anda sumbangkan bagi dakwah ini maka sangat besar nilainya bagi anda sendiri"

"Manhaj penting tetapi melaksanakan wasilah tarbiah amat penting , Murobbi itu pula lebih penting daripada wasilah ,tetapi ruh Murobbi lebih penting dari murobbi dalam menggerakan tarbiah".
Benarlah bahawa hidup ini adalah tugas memberi sesuatu kepada sesiapapun. Dalam kontesk dakwah dan peranan kita sebagai Muslim , pernahkah kita bertanya dalam diri , apa sumbangan kita untuk Umat ini, Utk Islam , dan Untuk Allah SWT ??
Sekadar berkongsi.
Labu N.9.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger