Love Rasulullah.

Wednesday, August 10, 2011

Perubahan perlukan desakan.

Setiap hari adalah sebuah kehidupan dan pengalaman yang amat bermakna  buat sesiapa yang tahu menghargainya. Allah Swt mengurniakan hari untuk kita hidup dan mencipta sejarah hidup kita sendiri.  DIA  juga tidak membiarkan kita mencipta sejarah dengan membabi buta, ada batasannya yang mampu di fahami  dengan mata hati dan akal serta budi yang mulia.

Hari ini, sudah masuk hari ke 10 kita berpuasa  pada tahun ini. Seperti biasa bulan puasa bulan untuk mengejar pahala percuma. Masing-masing berlumba-lumba melakukan amal ibadat sebaik dan seikhlas mungkin kerana di situ ada ganjaran hebat di sisiNYA.

“Barangsiapa yang melakukan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan (mengharap redho dan pahala Allah) , akan di ampunakan dosa mereka” – Hadis.

Nampak kesungguhan muslimin  dalam ibadah Terawikh, sedekah, berzikir, bertadarus, qiamullail, solat sunat, dan sebagainya berbanding bulan-bulan yang lain. Akan tetapi tidak kurangnya juga sesetengah orang buat  sambil  lewa. Terawikh ke mana, tadarus pun malas, solat fardhu pun flip-flop, tidur banyak, main game , melepak, curi makan, serta banyak lagi perkara-perkara maksiat.

Itulah kategori manusia di bulan puasa. Bertembunga dengan dua gelojak nafsu yang sentiasa memaksa untuk membuat pilihan yang tepat.  Jika perisai imam teguh di dada, maka baiklah pilihanya, jika tipis iman di dada, maka jahatlah pilihanya. 

Kita pun tahu  batu yang keras pun akhirnya boleh pecah, tebing pantai yang kuat boleh terhakis, inikan manusia hanya bergantung kepada seketul hati yang lembut . Tetapi satu perkara yang perlu di ingat , selembut-lembut hati pada zahirnya boleh menjadi keras pada maknawinya (tersirat). Sebab itu bila hati dah tepu dengan perkara-perkara maksiat, maka akan mula tumbuh bintik-bintik hitam , itulah virus yang mengeraskan hati sehingga lupa pada peranan diri dan lupa  pada Allah SWT.

Manusia boleh berubah. Kerana manusia ada hati dan perasaan  dari fitrah yang sama iaitu dari Allah SWT. Namun perubahan ini sangat bergantung kepada kekuatan seseorang itu untuk berubah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum , melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri. Ini pesan Allah dalam Al Quran.  Lihat saja pada Saidina Umar Al Khattab , beliau sangat zalim dan kejam ,tetapi apabila mendapat sentuhan Hidayah Allah swt , beliau menjadi khlifah agung ke-2 dalam Islam. 

Semua orang merungut dengan apa yang tidak di perolehi. Menyalahkan takdir. Menyelakan orang lain, dan teruk lagi berburuk sangka dengan Allah SWT. Sepatutnya kita perlu tanya pada diri sendiri  kenapa kita tidak berjaya! Tidak ada perubahan, tiadak ada peningkatan !  Why? WHY? WHY?

Islam pernah kalah teruk dalam perang Uhud, tapi mereka tidak pernah putus asa.  Tetapi mereka tetap terus berusaha bangkit dari kekalahan, menyusun strategi dan kesatuan. Perkasakan hubungan dengan Allah..

Bukankah Allah berkata dalam Al-Quran bahawa jangan berasa sedih atau gundah gulana sesungguhnya orang-orang beriman itu berada di tempat yang paling tinggi di sisinya . Dalam ayat-ayat yang lain seperti kisah hijrah Nabi dan Abu Bakar , ketika mereka bersembunyi di  Gua Tsur, Nabi menenangkan Abu Bakar supaya jangan takut, resah, kerana Allah bersama mereka! 

Tiada istilah kegagalan dalam diri seorang mukmin, yang  ada Cuma kejayaan yang tertunda!

Allah Sumber motivasi kita. Berubahlah segera! Desaklah diri kita, Mengapa perlu berubah? , kerana kita tidak tahu bila kita akan bertemuNYA. Sudah cukup amalan kita? Sudah betul amal ibadat kita? Adakah kita yakin Allah cinta dan Redho dengan kita selama ini ?

Saudaraku , untuk berubah kita perlu paksa diri kita. Kemudian istiqamah (berterusan). Cuba hayati vedio di bawah.

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger