Love Rasulullah.

Friday, February 20, 2009

Mahasiswa JUMPA SULTAN

Hari ini , pada jam 11.00 pagi , Gabungan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai front telah mengambil keputusan untuk berjumpa DYMM agong Sultan Mizan supaya mendengar pendirian mahasiswa di dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Malaysia khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan . Walaupun tidak berkesempatan bejumpa sultan kerana di maklumkan Baginda ada urusan penting. Namun pihak pegawai istana berjanji untuk membawa memorendum ini kepada Sultan . Berikut adalah gambar dan pendirian mahasiswa.

Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia berkenaan Isu Politik Perak dan Perlembagaan

Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia:

20 Februari 2009

Isu Negeri Perak Darul Ridzuan dan Krisis Perlembagaan:

Mahasiswa akan Serah Memorandum Kepada Yang Dipertuan Agong

Pendahuluan

Situasi politik di negeri Perak, walaupun semakin reda tetapi dalam keadaan masih tidak menentu. Rakyat Malaysia umumnya dan negeri Perak khususnya masih keliru berkenaan siapakah Menteri Besar sebenar negeri mereka ini setelah Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin masih belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Sedangkan dalam masa yang sama Dato’ Zamry Abd Kadir telah rasmi mengangkat sumpah sebagai MB yang baru bagi negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin pula menfailkan saman kepada Menteri Besar yang baru. Mahasiswa yakin selepas daripada ini bakal menyusul tindakan-tindakan lain yang tidak diduga akan berlangsung setelah sebelum daripada ini Pengerusi Democratic Action Party (DAP), Karpal Singh sendiri menfailkan saman kepada Seri Paduka Baginda Sultan Perak.

Kemelut Politik Yang Mencemarkan Demokrasi

Mahasiswa melihat isu negeri Perak sebagai sejarah yang belum pernah berlaku dalam kesuburan demokrasi Negara Malaysia setakat ini. Institusi beraja yang diketuai Yang Di Pertuan Agong terus ditekan dan dicabar oleh sesetengah pihak hanya untuk memuaskan nafsu politik dan kuasa tanpa menghiraukan rakyat yang bakal kesusahan. Acara lompat-melompat parti dilakukan seolah-oleh membelakangkan undi rakyat terhadap wakil rakyat yang telah dipilih melalui sistem demokrasi. Bagi mereka ini, rakyat seolah-olah ‘batu’ yang langsung tiada suara, asalkan mereka dapat melunaskan agenda politik kuasa mereka.

Mahasiswa kesal dan bimbang dengan situasi ini. Demokrasi yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuaan sewajarnya menjadi ‘ketaatan’ utama pemimpin-pemimpin negara. Prinsip Keluhuran Perlembagaan seakan-akan lenyap dalam ikrar dan ‘aku janji’ mereka. Institusi beraja pula menjadi sasaran dua pihak yang menekan kerana politik yang tidak bermata. Institusi beraja seolah-olah seperti telah ‘digunakan’ oleh pihak tertentu. Dan ini adalah sangat tidak wajar berlaku.

Pendirian Mahasiswa

Justeru, mahasiswa membuat keputusan demi melihat negara Malaysia kembali aman, rakyat terus dipelihara oleh Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat dan demokrasi haruslah disuburkan kembali agar ia kembali sejahtera.

Mahasiswa sama sekali tidak berganjak bersama-sama rakyat demi mempertahankan prinsip demokrasi dan perlembagaan dan menghapuskan kezaliman terhadap rakyat.

‘Mahasiswa Bersama Rakyat Menjunjung Perlembagaan’

Disediakan Oleh;

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya, PEMARAK UM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Barisan Bertindak Mahasiswa Perak (BERSATU PERAK)

Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger