Love Rasulullah.

Friday, February 20, 2009

Mahasiswi antara sejarah dan masa depan .


Siapa Wanita ,?? penakut, lemah atau lembik dan lembam?? Sebenarnya anda silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara, baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara.

Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan.


Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya “sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya”.Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita.



Sidang Media di akademi pengajian islam tentang isu Foto Bogel Elizeberth wong petang tadi.


Menurut Imam Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser.

Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa.


Semnajak dua menjak ini aku melihat Mahasiswa UM (hewi PMIUM) sudah mula mengorak langkah untuk mengembalikan sejarah mereka semula. MEreka sudah nampak bergerak setapak jauh kehadapanMedia massa sudah mula di dekati untuk menampilkan imej mereka dalam memperjuangkan isu -isu yang berlaku. Cuma kerisauan aku , sejauh mana mereka mampu bergerak jauh seandainya "figure -figure" yang berani dan lantang tidak keluar dari gelas kaca ketika ini . Akibatnya gerakan ini akan suram, suam dan mati. Aku keritik bukan tidak yakin dengan wanita, tetapi aku mahu lihat mereka independent dan menampilkan wajah-wajah mujahidah yang "tangguh".

0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger