Love Rasulullah.

Sunday, January 17, 2010

Khalid suruh mahasiswa lebih matang serah memorandum

Jan 16 — Kementerian Pengajian Tinggi tidak menghalang mana-mana pelajar untuk mengemukakan memorandum bagaimanapun penyerahan itu perlu mematuhi undang-undang dan bersesuaian dengan masa.

“Saya galakkan pelajar hantar memorandum tapi biarlah masa yang sesuai dan mestilah patuhi undang-undang.

“Pokoknya sekarang ialah musim pilihan raya kampus, apa sahaja cara digunakan untuk mendapatkan publisiti,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipetik Bernama.

Khaled berkata beliau yakin semua pelajar bersikap matang dan memahami proses berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pecah tanah Pusat Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) fasa II di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mengulas penahanan dua penuntut dan seorang wartawan sebuah akhbar pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah pelaksanaan undi elektronik (e-undi) di Institusi Pengajian Tinggi Awam di depan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya semalam.

Dua pelajar Universiti Malaya yang ditahan ketika berhimpun di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan dokumen empat tuntutan menjelang pilihan raya kampus sudah dibebaskan.

Dua pelajar yang ditahan ialah Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin dan Syahrundden Rosli.

Turut ditahan Zulfiqar Mashoor yang merupakan wartawan Harakah Online.

Mereka ditahan kira-kira 3.30 petang atas alasan mengganggu penjawat awam dan enggan bersurai selepas diminta berbuat demikian oleh polis setelah menyerahkan memorandum.

Syahrundden dibebaskan sejurus selepas ditahan di perkarangan kementerian.

Mereka bersama kira-kira 50 pelajar lain berhimpun mengemukakan memorandum menuntut agar pilihan raya kampus diadakan dengan adil dan memasuhkan pengundian menggunakan sistem e-undi.

Sumber Malaysian Insider & Berita harian.

1 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

owh..betul ke org kata e-undi tu kan, kalau kita vote for pembangkang, maka nanti msti sistem dapat detect kita n ambil tindakan mcm kena buang kolej ke. lambat posting ke...
sebab tu org xnak e-undi??
(tanya je, maaf kalau xada kena mengena)

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger