Love Rasulullah.

Saturday, April 3, 2010

Tauhid 3 Vs Tauhid 20. Anda sokong Mana?

Sambil bersahaja , seorang kawan bersembang dengan aku, hang orang Islam kan?

Aku nak tanya , hang tauhid apa? sifat 20 atau tauhid 3 ?

Sudah, pening aku bila dia soal benda ni, ada masalah ke dengan kedua2 kaedah untuk mengenal Allah.

Kalau hang tauhid 3 , maka kafir , sebab hang sokong Ibnu taimiyyah. Lagi pening aku, kafir pula dah. Ibnu Taimiyyah pula kena blame.

Setahu aku, kedua2 tauhid ni aku guna dalam mengenal Allah Swt.

Nak pendekkan cerita, satu malam itu dikedai warung mamak , aku lepak dengan member aku tu sambil bincang isu2 ni. Masing2 pening dengan isu yang hangat disebarluaskan hingga merumitkan lagi pemikiran sesorang tentang pemahaman permasalahan tauhid.

Aku tidak mahu menyokong mana2 pihak samada tauhid 3 atau tauhid 20?! sebaliknya aku lebih berlapang dada, kerana kedua2 kaedah ini tidak salah, dan boleh membantu untuk kita lebih mengenal Allah.

Cuma aku sedikit terkilan apabila sesetengah pihak bertegas dengan pendirian ,sehingga sanggup mentakfirkan ulama' yang terkenal, sedangkan kalau nak banding bezakan kita dengan mereka , sangatlah jauh.

Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi, darjat mereka diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Siapa kita yang baru sedikit ilmu, yang hanya mengkaji sebahagian pandang mereka dan mengkesampingkan pandangan mereka yang lain, yang mana tetap berguna untuk kemaslahatan umat Islam seterusnya. ?

Perhatikan hadis ini :

فضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ليلة القدر، العلماء هم ورثة الأنبياء، إن الأنبياء لم يورثوا ديناراً ولا درهم،
وإنما ورثوا العلم فمن أخذ به فقد أخذ بحظ وافر

“Keutamaan seorang ‘alim (ahli ilmu) atas seorang ‘abid (ahli ibadah) sebagaimana keutamaan bulan atas segenap bintang pada malam bulan purnama. Para ulama, mereka adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, berarti dia telah mengambil bagian yang melimpah.” Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi dan ad-Darimi.

Memetik kata-kata Imam Hasan Al Banna

"Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera".

Kita sibuk membincangkan method yang disusun oleh ulama, tapi kita tidak pernah membincangkan kesan dari method tersebut. Pernahkah kita fikir bagaimana method Nabi Musa kenal Allah? Method Nabi Muhammad kenal Allah, ? method Nabi2 Lain kenal Allah ?!

Benarkan yang berpegang dengan kaedah tauhid 3, mereka lebih rapat dan rasa zhauk dengan Allah, ? ataupun dengan berpegang dengan Tauhid 20 juga lebih baik? bolehkah meletakan neraca pertimbangan sebegini ?

Antara dua tauhid ini boleh jugakah kita buat andaian yang mana akan masuk syurga dan neraka?

Bergaduh, bertikam lidah, sedang perkara ini akan lebih mengeruhkan keyakinan kita kepada Allah. Bahkan memecahbelahkan.

Aku lebih mengkagumi kata-kata penuh hikmah , ulama temporari, Mursyidul Am , MB kelantan Darul Islam , Tok Guru Nik Abdul Aziz, inilah dia kemucup-kemucup dalam perjuangan.

Jangan sibukkan diri kita untuk mencabut kemucup-kemucup yang melekat di pakaian kita. Kerana inilah yang melambatkan kerja amal islami kita. Sedangkan musuh Islam sedang hebat mempergiatkan penyebaran unsur yang bertuhankan akal dan kebendaan!

Nah , mereka berjaya memprogramkan minda kita, sedang kita masih hanyut dalam pertelingkahan sesama kita. Mengapa kita sendiri berusaha menimbulkan meragukan keyakinan kita kepada Allah? cukuplah musuh Islam telah mengunakan pelbagai serangan pemikiran melalui ideologi Sekular dan sebagainya untuk melemahkan umat Islam.

Apa tauhid anda semua!?


Moga Allah permudahkan urusan kita semua

Sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui :)







1 comments:

Bungakopi said...

betul2, asyik sibuk memikirkan perbezaan yang remeh padahal masih ada byk isu besar lain yg kritikal.
waktu post ni, tak tidur ke?

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger