Love Rasulullah.

Wednesday, January 19, 2011

Pekerja yang Perform & Bos yang tegas tapi Caring.

Ketika Umur saya sekitar 17 tahun, lepas ambil SPM, saya terus melanjutkan hayat saya selama 2 bulan ke USM...ya, USM adalah IPT paling awal saya masuk sebelum masuk UM Nilam Puri &; UM Kuala Lumpur.

Kat USM tu jangan salah faham pula, just masuk kerja tambah duit poket semasa cuti untuk keperluan daftar masuk form 6 & amik SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) yg setaraf dengan sijil Perkahwinan bawah JAKIM tu :).

SO, Di USM bukan belajar ye, tapi just bekerja as pencuci pinggan .

Ketika sy masuk ja Pintu Gerbang USM mula rasa bangga. Ya la, biasanya orang masuk U ni kena dapat result baik &; ditawarkan untuk belajar di situ. Tapi saya hanya datang dgn tangan kosong, serebeh, anak kampung, tapi boleh masuk U yang bertaraf APEX itu dengan bangganya.

Ok, berbalik kerja cuci pinggan. Ya Bos saya naman panggilanya "kak Long" orang N.9.

Gerai dia menjadi gilaan mahasiswa/wi di desasiswa Bakti (kalau x silap la) dah lama tinggal. Menawarkan makanan kampung ala negeri sembilan. Sebut ja nama kak long gerai cita rasa N.9 mesti kenai. Tambah pula dia ada "daya tarikan" tersendiri.

Sebelum saya start mula kerja, ramai yang pesan kat saya kena banyak tahan telinga bila kerja dengan "kak Long" tu...sebab dah ramai yang kerja dengan dia , tapi tak boleh tahan lama. Tak sampai ja sebulan dah ada yang letak jawatan dengan sendiri, ataupun hilang macam tu saja.

Saya mula letakkan tekad utk buktikan tak akan jadi macam "mangsa-mangsa sebelum ini". Strategi disusun untuk menawan hati Bos yang garang tu. Ala perempuan je pun . Mak saya juga perempuan, kak saya pun perempuan , so tak de masalah la.


Seminggu dalam fasa (tekanan) bekerja. Betul apa yang mereka cakap. Kak Long Tu, memang Tegas, Cerewet (maklumlah Perempuan), Cengey (bekeng , garang, bengis) . Seminggu saya kerja kat situ rasa macam kena toucher dalam Lokap ja lebih. Selang sejam pot pet, pot pet, pot pet.

Seminggu tu, saya agak lembap sikit bekerja.Bukan apa, baru nak sesuaikan diri. Tambah pula dalam gerai dia tu, saya saja lelaki, semuanya 5 orang pekerja termasuk saya, Yang lain semua perempuan, sorang Indon.

Saya kata , tak boleh jadi, takkan nak Quit macam tu ja.

Hmm, apa yang saya buat adalah dengan berbaik-baik dengan 4 orang pekerja tadi, supaya mereka boleh Backup saya jika "kak long" asyik pot pet pot pet memanjang. Kemudian saya tukar cara bekerja , macam mana nak cepat kutip pinggan &cuci pinggan. Seminggu selepas tu, saya dah semakin profesional. Saya mula menjadi pekerja yang rajin. Rajin angkat barang, simpang barang, datang awal, balik lewat..Saya juga mula merapatkan diri dengan anak-anak dia, (budak-budak la katakan) , rapat dengan husband dia. Jadi lama-lama hubungan itu semakin akrab. Dan saya diterima dengan baik. Dia dah tak pot pet pot pet. (alhamdulillah).

Paling terharu, rupanya-rupanya dalam ketegasan "kak Long" tu ada juga sifat kemanusiaan. Dia sangat caring pada pekerja-pekerja dia, Sampai la, penatnya kami bekerja, sebulan sekali mesti bawa kami bersiar-siar & belanja makan. Paling jauh dia ajak pergi kedah. Sebab nak melawat rumah saya . Fuh ! dalam hati kata berjaya juga akhirnya saya menawan hati "kak Long" yang keras tu..:)

2 Bulan saya bekerja kat situ , sampai la masa saya kena berhenti juga. Sebab Pengajian untuk Form 6 dah bermula. Time ni la berat hati nak berhenti. Mereka pun berat nak lepaskan saya. Maklumlah dan rapat sangat. Sampai pujuk-pujuk jangan berhenti, sebab nanti tak da orang nak tolong kutip & basuh pinggan. Tapi nak buat macam mana, kena tinggal juga. Cita-cita perlu disempurnakan.

5 tahun saya tinggal USM tu, dan tak berhubung , nombor pun dah hilang.
Satu hari saya akan ke sana untuk berjumpa dengan dia (kak Long). Banyak perkara saya belajar bila bekerja bawah dia, iaitu :

Kalau Jadi pekerja, jadilah pekerja yang Perform.
Kalau Jadi Bos , Jadilah Bos yang tegas tapi Caring.

Inilah Pengalaman yang saya tak boleh lupa.

Sekadar berkongsi

1 comments:

Anonymous said...

pengalaman selalunya berjaya membentuk diri kita agar lebih matang daripada umur yang ada.namun sesetangah pengalaman menjadi kenangan terindah yang tak bisa dilupakan. apa yang pasti diri kita akan terus mengekalkan ia dalam ingatan segar berulit campuran emosi yang berani. salam perkenalan..

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger