Love Rasulullah.

Friday, January 21, 2011

Zaquan Adha & Ayu Raudhah, Moga berbahagia.


ALOR SETAR: Penyerang skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung pada jam 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.



"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini sudah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat," kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini. Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

Mengenai kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha berkata, isteri tercinta akan menjadi pendorong dan memberi semangat baru untuk terus maju dalam arena bola sepak tanah air khususnya bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Tidak menjadi halangan antara kami berdua untuk meneruskan kerjaya masing-masing kerana sejak perkenalan kami dia seorang insan yang berkecimpung dalam lakonan dan dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Bagi Ayu Raudhah, beliau amat gembira dengan perkahwinan ini selepas sekian lama menunggu saat paling bermakna dalam hidupnya.

"Apa yang saya harapkan dapat menimang cahaya mata dengan cepat dan saling menyayangi antara satu sama lain sampai ke akhir hayat," katanya.

Majlis perkahwinan pengantin perempuan akan diadakan malam ini di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 30 Jan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan. - BERNAMA

2 comments:

Mawar Merah said...

Umah Ayu dkt je dgn umah MM. Tp xkuase I nak gi kenduri dia. huhu. Bukan membenci, tp kita pun xkanl siapa Ayu Raudah yg sebenarnye, so, mcm xperlu pergi. Lgpun, xdijemput.. (Rumah MM lain taman. haha)

Mohd Shafie Hashim Al-Qadahi said...

lain kali buat mukan x malu ja..boleh makan free n apat bergambar free ..

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger